ALHAMDULILLAH event kita "MUARASTA Picnique 2009" berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya ianya kelam-kabut sedikit dari segi persiapannya. Namun, dengan kesungguhan sahabat-sahabat Muarasta, walaupun jumlah mereka yang pergi tidak mencecah 20 orang, agenda kita kali ini sememangnya meriah sekali.
Pada malam 22 Mei 2009, sahabat-sahabat dari KL (Salman, Onn, Adam, Black) menaiki sebuah kereta yang dipandu Adam dan juga Azwan (O'skool) yang bertolak dari Muar telah tiba di destinasi terlebih dahulu. Mereka telah bermalam di tepi pantai menggunakan khemah yang dibawa khas oleh O'skool dari Muar. Keesokan harinya, konvoi 3 buah kereta dari Muar telah bertolak pada pukul 8.30 pagi bersama 10 orang sahabat Muarasta. Kami melalui lebuhraya AMJ seterusnya ke Alor Gajah. Pada pukul 12 tengah hari, kami telah berkumpul di batu 4 di mana sahabat-sahabat dari KL bermalam sementara menunggu untuk check-in di penginapan. Sambil menunggu, Black bersama Arab, Salman & O'skool pergi membeli ayam & barangan basah untuk jamuan barbeque malam nanti. Setibanya kami di penginapan (Corus Paradise Resort), perkara utama yang dilakukan adalah berehat & tidur di dalam bilik yang berhawa dingin. Sementara itu, Arab, Anes & Mo' sibuk membersihkan ayam dan memeramnya menggunakan ramuan rahsia Arab. Pada sebelah petangnya pula, kami meluangkan masa bersama bermandi-manda dan bermain bola sepak pantai.

Malam telah menjelma, kini sudah tiba masanya untuk jamuan barbeque yang sememangnya menjadi tradisi setiap kali aktiviti Muarasta. Tapi kali ini suasananya lain sedikit kerana ianya dibuat di tepi pantai. Dan sudah tentulah menaikkan lagi suasana berkelah yang sememangnya adalah objektif event tersebut. Pada masa ini, kita boleh lihat amalan bergotong-royong & tolong menolong untuk menyediakan bara & memanggang ayam. Kelihatan juga ada antara mereka yang "berpedih mata" disebabkan asap arang yang naik ke muka.
Dengan tiupan angin pantai beserta muzik club yang dimainkan oleh pihak hotel, majlis kami bertambah meriah. Pada tengah hari keesokan harinya, kami berkonvoi menuju ke Teluk Kemang untuk sesi fotografi. Kami singgah di gerai berhampiran pantai tersebut untuk melegakan kehausan sambil berbincang tentang kekurangan & idea-idea untuk memperbaiki program-program sedia ada supaya lebih teratur dan meriah. Selepas sesi bergambar, kami bersurai dan bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Ami yang sebelum ini menaiki kereta Arab dari Muar, kini menaiki kereta Adam untuk ke KL. Sebelum sampai ke Muar, kami singgah dahulu di Alor Gajah (rumah Arab). Kami tiba di destinasi lebih kurang pukul 6 petang.



"LONG LIVE MUARASTA"
- satu rumpun liang persahabatan -
No comments:
Post a Comment